About Me

My Photo
Semenyih, Damansara, Selangor, Malaysia
Misz Whatever a.k.a Nani Simple:like to talk,love both my Si Putih much,nerdy,eat a lot,hate serious relationship,good driver ever,eldest in a family,mummy's and daddy's daughter.. what else???

Saturday, May 26, 2012

CATWOMAN!

#Khas untuk mereka bernama PEREMPUAN

  • Aku dah tak ada hati dengan kau!
  • Aku tak pasang cip pun dalam badan kau, asal susah sangat nak lupakan?
  • Kita over ok!
  • We had a great moment before, but sekarang dah tak boleh buat apa.
  • Cari je la orang lain.
  • Dulu boleh je cari bf lain lepas clash, ni nape tak boleh lak?

Hye all. 

Pernah tak dengar ayat macam ni dari seorang LELAKI? Perempuan memang dilahirkan dengan hati yang lembut dan sensitif. Sekali disakiti, dan dikasiri, memang hati mereka susah nak pulih. Sama juga bila seseorang perempuan tu dah menyayangi seseorang. Dia tak perlukan reason untuk menyayangi seseorang TAPI kenapa manusia bernama LELAKI agak senang untuk terima sesuatu yang agak berat? Sebabnya, lelaki memang dilahirkan dengan hati yang kuat dan agak keras. So, tak payah questioning semua ni.

Sebagai seorang perempuan yang pernah dengar ayat seperti diatas secara lisan dan secara face-to-face tanpa mengalirkan air mata di depan lelaki, memang perempuan tu bagi aku agak kuat dan cekal. Tak ada siapa yang akan boleh terima perkara tersebut dan tak ada siapa terfikir untuk menghadap perkara itu. 

"Sakit yang terpaling sakit (selain mati) adalah apabila orang MENYAKITI hati kita"

So, sebagai seorang perempuan, kita perlu kuat dan tabah untuk apa jua yang terjadi. CATWOMAN ok? Kalau kita tak positif kan diri kita sendiri, siapa nak tolong kan? Cubalah yang terbaik untuk jadi yang terbaik.

P/s: Jangan letak harapan dan jangan membuang air mata untuk orang yang tak sepatutnya. Jodoh rahsia ALLAH!

Saturday, May 19, 2012

Nasihat Seorang Kawan

Lain kawan, lain perangai.
Alhamdulillah sebab kawan-kawan saya semuanya...
BEST!  :)

Hai! 
Time tu aku tengah lepak-lepak dengan adik then tiba-tiba "1 new message received from ChaCha". Ok! kelam kabut buka ingat ada apa. Tengok-tengok...

" I just read this.. 10 Langkah Menangani Bekas Kekasih..."

Haa. Kena kau Nani! haha. Comel je cara kawan aku ni kan? Nama dia Cha. Dia bagi aku tips untuk Ex aku. Aish. Sebak lak aku baca. Antara  Langkah-langkah Menangani Bekas Kekasih adalah:

  • Jangan merayu
  • Beri ruang
  • Bertenang
  • Berfikiran positif
  • Jangan terlalu mencuba
  • Jual mahal
  • Bercantik-cantik
  • Jalin hubungan baik
  • Buatkan dia merindui kamu
  • Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan

Memang la ada antara yang aku memang dah buat tapi ada perkara yang aku tak mampu buat. Kadang-kadang benda-benda ni depends dengan orang yang macam mana kita berdepan. Kalau orang tu layak untuk kita tunggu dan menjalankan langkah ni, kita perlu buat. Kalau tak, abaikan je la.

Anyway, thanks to my beloved Chacha sebab ingatkan aku benda-benda ni. Insyallah aku akan cuba buat yang terbaik demi diri aku sendiri.

Thursday, May 17, 2012

We are graduated from UiTM!

15 May 2012...
CONVOCATION DAY!
Yes! I am graduated from BSc (hons) Information Systems Management UiTM...
Alhamdulillah..



After 2 years, jatuh bangun, pahit manis, menangis ketawa aku kat UiTM Puncak Perdana, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku pada tahun ini dan membawa segulung ijazah untuk parents aku. Mereka tak minta aku balas dengan kekayaan dan kemewahan duit TAPI cukuplah dengan kejayaan yang amat membanggakan untuk mereka. Thanks Allah bagi aku peluang untuk buktikan dan balas jasa abah dan mama..

WAH.. ENOUGH! sedih nanti.  :)


Btw, thanks untuk kawan-kawan dari start aku kat UiTM dan kawan-kawan yang sentiasa ada disekeliling aku ketika susah senang. Tak payah sebut sebab mereka tahu siapa mereka. Aku tak minta kamu semua berbuat baik dengan aku tapi cukuplah sekadar menjadi teman dan kawan yang setia dan jujur. Syukur.

Okay! Kat sini aku attachkan gambar2 konvo aku yang sangat best. Thanks for the best moment. Thanks kat Abah dan Mama sebab datang. 1000 Thanks untuk gf tersayang, Aled sebab sudi datang. Love you all.
















Thanks sayang for coming. :)
She is my photographer on that day. Any request? Do call me. Hee~


YE! Jubah saya gedabak besar.. haha

 YES! I am Nur Hanani and I am Alumni from UiTM!
Thanks to all lecturers anf UiTM..


Tuesday, May 8, 2012

Manusia oh Manusia

Pelik aku dengan manusia sama jenis ni,
" Rambut sama hitam, hati lain-lain "
Setuju!

Apa perasaan anda bila dalam tahun yang sama, macam-macam perkara buruk berlaku? 
  • Pasangan hilang meninggalkan kita
  • Seseorang yang bernama "kawan" memutuskan tali persahabatan gara-gara lelaki
Itu yang buruk, tapi yang buruk ada baiknya. Biasa la, nama pun kehidupan kan. Tapi kat sini, aku just tak faham dengan situasi sekarang. Eh, kawan, logik ke aku nak "rampas" manusia setakat kerja kat tempat awak tu and sebaya dengan adik aku lak tu? And logik ke perkataan "bercinta" tu untuk kes aku dengan bf kau yang dulu? Hadohai. Macam-macam la. Sebab lelaki boleh jadi macam ni. Tu lagi la buat aku rasa macam, "You deserved that".

Kawan,

Bila tanya perasaan aku sekarang kat kau, aku akan cakap, Yup aku sedih sebab hilang kau TAPI perasaan marah lagi membuak-buak sebab kau buta dengan kebahagiaan sekarang. Aku tak kisah kau bahagia tapi aku nak kau fikir balik tentang lelaki yang aku boleh katakan bodoh sebab buat benda ni jadi macam ni. Aku tahu kau baik sebab kau buat teruk macam mana kat lelaki pun, lelaki yang sanggup kutuk kau, boleh datang sujud kat kaki kau balik. Maybe sebab kau baik, sebab tu diorg tak nak lepaskan kau.

Tapi ingatlah, aku pernah pesan, dua kali, dua kes yang berlainan dan dua lelaki yang tak sama, "Tinggalkan je dia tu, dia bukan baik pun" Aku cakap macam tu sebab I meant it but u still ignore it and sekarang kita jadi macam ni. Kalaulah aku tahu akan jadi macam ni, dari dulu lagi aku tak biarkan kau cacat, tapi aku biarkan kau hanyut dengan lelaki tu.

Jangan cakap aku aibkan kau ke apa ok, aku tak pernah sikit pun buka aibkan depan lelaki-lelaki tu TAPI kau kena tahu, lelaki-lelaki tu banyak buka aibkan kau kat aku, aku senyapkan je sebab aku taknak kau malu. And bila kau tanya kenapa aku tak bagitahu kau, sebab aku kat tengah-tengah and aku nampak kau dengan pasangan sekarang makin ok, so aku tak rasa kau berkawan dengan lelaki tak guna tu and aku biarkan cerita aku yang patutnya tolong kau camtu je.

Its ok, kawan aku sekarang pesan,"Biarkan je Jangan layan and this is the best time untuk kau lepaskan diri dari dia" So thats ni salah satu sebab aku tak bereffort nak mntak maaf and bila aku baca semua yang kau cakap pasal aku, lagi la aku rasa, YUP, KAU TAK SEPATUT JADI KAWAN AKU. KALAU AKU TAHU, LEPAS DIP LAGI AKU TINGGALKAN KAU. Jangan guna perkataan KALAU kerap sangat. Benda dah jadikan

Ok lah, Tak mampu nak bebel panjang tapi dah panjang pun. So, conclusionnaya, aku tak nak ambil tahu sebab kita jadi macam ni sebab lelaki yang patutnya kau buang kat tangki najis. Jangan risau, sekelumit pun tak ada perasaan perampas dalam kamus hidup aku. Bf kau sekarang, jangan risau, kau kan hebat, takkan la dia nak lari. 

P/s: Sehebat mana pun kita, sebahagia mana pun kita, ingatlah apa yang orang buat kat kita. Hargai semuanya. "Kawan aku memang kau sorang je. Puih!" (Sakitkan bila dengar cmtu?)

Tuesday, April 17, 2012

Lecturer UiTM Tersayang!

Saya graduate dari UiTM,
Diploma dan Degree..
Ada masalah? haha

So, bukan pasal aku student UiTM kisah sebenarnya. Kisah aku sekarang, aku sangat kagum dan sangat happy dapat lecturer-lecturer macam lecturer di fakulti aku. Darilah aku diploma kat UiTM Segamat and sampailah habis Degree kat UiTM Puncak Perdana, aku sangat berbangga dapat lecturer seperti mereka semua.

Alkisah, aku ni memang sangatlah memerlukan bantuan dari lecturer di UiTM. Tanpa segan silu, aku pergi je bilik lecturer-lecturer yang aku kenal. Alhamdulillah, mereka kenal aku lagi. (Wah, macam famous lak kan) Tapi lecturer dari course aku je la yang kenal aku. Haha.. So, semalam dengan kelam kabutnya, sebab nak settlekan satu masalah ni, aku pun pergi la cari lecturer tertentu. Biasa la, dalam ramai-ramai yang bagus, mesti la ada 1 yang kurang nak layan perkara remeh kan. Abaikan la lecturer tu.

So, lecturer-lecturer aku yang sangat baik hati dapat la menyelesaikan masalah aku dengan sekejapan. Bangga aku dapat lecturer macam mereka. Even aku bukan student sana dah tapi mereka tetap nak tolong lagi. Thanks a lot Sir/Madam/Miss..  :)

P/s: Appreciation to En Yamin Kamis, En Nazri Mansor, Puan Yanty Rahayu, Miss Nora'Ayu. Lepas ni lecturer mana la yang akan aku jumpa dan menganggu hidup mereka. Hehe~ Thanks again..

Sunday, April 15, 2012

Peranan Lagu

Lagu?
Hanya beberapa rangkap ayat sahaja.
Apa peranan lagu??

Salam.. Hye guys! Sebelum ni aku ada post tentang Song in a Life. Ingat tak? So, ini bukanlah sambungannya. Aku memang tetap berpendapat sesebuah lagu tu mampu buatkan orang lebih bersemangat, tenang, mahupun sedih. As an example,
Ada seorang kawan aku ni, dia baru je dikecewakan. Tapi alhamdulillah tu just sementara sebab dia pandai buatkan diri dia adapt dengan keadaan baru walaupun dah tiada orang disisi. Dia di support kuat oleh family dan rakan-rakan baik. One day, time dalam kereta, on the way balik kerja, dia dengar sebuah lagu ni.

"Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa"

Atas ni adalah salah satu rangkap lirik tersebut. Start je dengar lagu tu, dia semakin kuat utk terima semuanya. Dia yakin kalau hilang yang ini, mungkin akan datang yang lebih baik. Amin

Betulkan aku cakap, lirik lagu memainkan peranan. Katalah time tu anda semua tgh bercinta, dengar long sove je dah teringat kat pasangan. Begitu juga sebaliknya. So, hebatkan komposer yang buat lagu dan juga artis yang menyanyikan. Masing-masing memainkan peranan yang hebat dalam membuat kita tersentuh dengan lagu mereka.Sini, aku attach lagu yang memainkan peranan besar dalam hidup kawan aku ni.


P/s: Can I know why? Just a more logic reason not a very ridiculous one. TQ~

Tuesday, April 10, 2012

Alasan dan Sebab

Suka atau minat dengan seseorang, TAK perlukan sebab,
Berkenalan juga TAK perlu sebab,
Menyayangi seseorang, TAK perlukan sebab,
Membenci seseorang TAK perlukan sebab,
Mengingat seseorang TAK perlu sebab,
Melupakan seseorang juga TAK perlukan sebab,
Mencintai seseorang TAK memerlukan sebab,
Bersama seseorang TAK memerlukan sebab,
OLEH ITU,
Meninggalkan seseorang juga TAK memerlukan sebab...

P/s: Jangan berharap untuk sesuatu yang kita tak pasti hujungnya, kerana mungkin akan ada sesuatu yang menghalang perjalanan untuk kita berjaya mendapatkannya.