Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Tuesday, May 14, 2013

20 Sen Dan Seribu Ringgit

Antara 20 Sen dan 1000 ringgit.
Mana lagi besar?
Tapi semua tu melibatkan duit dan iman kita. Betul tak?

Salam. Hye Uolls..

Pernah baca tak cerita kat bawah ni. Aku just copy dari Facebook. Most of u guys pernah terdengar dan terbaca cerita ni kot. Benda ni pernah terjadi kat seorang kenalan aku. Dia baru cerita kat aku semalam. Cerita lebih kurang tapi input dia lain sikit dan mungkin output pun lain kan?

Jangan main2 dengan 20 sen...
Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...

Apa kaitan cerita 20 sen dan kisah kenalan aku ni?

Dia ni student tajaan dekat oversea. And baru ni dia buat claim kat penaja tu. After a month, dia pun dapat la claim tersebut dengan lebihan sebanyak 1000 ringgit. At first of course la semua orang akan rasa happy sangat. Seribu Ringgit bukan ni lai yang sikit. Macam-macam gak la korang boleh buat lagi2 bila korang akan ada big event dalam masa terdekat.

Tetapi dengan kuasa Allah kan, dia scroll and scroll and scroll Facebook dia and ternampak post tentang 20 SEN ni. Itu baru 20 sen, yang dia dapat 1000 Ringgit. Jauh beza kan? 

So, kalau korang jadi dia, apa korang buat dengan 1000 ringgit yang pihak tajaan tu salah kira? IMAN DAN NAFSU. Fikir-fikirkan.. :)



No comments: