Ada satu pasangan, lelaki dan perempuan.
Si perempuan tidak lalai dengan telekungnya.
Si lelaki, hanya dengar si perempuan dan telekungnya.
Si perempuan tidak berani tegur sebab mereka tiada ikatan yang sah lagi.
Si lelaki terus lalai dengan dunianya.
Si perempuan hanya mampu berdoa kepada Allah untuk memberi hidayah dan membuka hati Si Lelaki yang di sayangi.
Di suatu Subuh..
Si Lelaki call Si Perempuan.
Si Lelaki: Hi awak. Dah solat Subuh?
Si Perempuan: Sudah la. (Hanya tersenyum tanpa bertanya kembali)
Si Lelaki: Awak tahu tak, mak saya terkejut saya cari kain pelikat tadi. Mak saya tanya nak buat apa dengan kain pelikat tu. Saya cakap nak solat.
Si Perempuan tersenyum.
Si Lelaki: Mak saya ikut saya sampai bilik air untuk tengok saya ambil wudhuk. Saya nampak muka mak saya happy.
Si Perempuan hanya mampu mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana doanya selama ini di makbulkan.
Kadang-kadang kita tak mampu menegur seseorang bukan kerana kita takut untuk tegur tapi kita ada jalan yang terbaik iaitu kita boleh berdoa kepada Allah kerana Allah yang memegang hati kita. Selagi Allah sayang hambaNya, selagi tu Dia akan berikan kita hidayah dan petunjuk. InsyaAllah.
" دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ "
Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajabah. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.”
P/s: Sekadar perkongsian. Tiada kaitan dengan sesiapa. :)
No comments:
Post a Comment