Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Monday, June 3, 2013

Last Minute Study

"Start esok la study"
"Eh. 5 minit lagi la"
"ALAMAK! Esok paper!"

Salam. Halloooo..


Biasa tak korang study saat-saat terakhir? Mesti selalukan? Dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah, zaman sijil, diploma and untuk aku dah sampai tahap ni pun still nak last minute study untuk exam. Aku rasa tak ramai kot manusia macam aku yang suka sangat study macam ni. Tak elok sangat gayanya. 

Dalam kelam kabut nak study ni aku pun tanyalah Encik Google, "Tips for Last Minute Study". Banyak gak orang tulis pasal benda ni. Nampak sangat habit ni sangat teruk dan berleluasa di kalangan pelajar di seluruh dinia (Ewahh ayat..). Antara tips yang aku rasa boleh terima pakai ialah:

  • Buat Timetable
Kita tengok berapa chapter yang ada then kita tengok berapa jam atau hari lagi kita ada. Then buatlah timetable untuk make sure dapat cover semua chapter. Worse case scenario pun kena make sure dapat cover semua topic sebelum exam. Sekurang-kurangnya kita dapat terbayang apa yang kita dah penah tengok dan baca. 

  • Fokus Wey!
Ini paling penting. FOKUS! Bila kita fokus, InsyaAllah even bukan 100% masuk, dapat masuk 40% pun jadilah kan. Buat apa pun bila fokus kita akan dapat something. Percayalah. Kita kena jauhkan dari semua masalah atau apa benda yang ada dalam fikiran. Let say gaduh dengan partner pun, abaikan dulu masa exam. Tak payah la nak gaduh ke nak jealous ke nak mengamuk ke. Biarkan je partner korang tu dulu.

  • Jauhkan Disruption
Disruption atau gangguan perlu di elakkan ketika study. Gangguan yang selalu kita hadapi ialah dari LAPTOP/PC. Kita kena jauhkan Facebook, Twitter, or movie ke. Semua tu kena jauhkan bila kita tengah study. Baru la dapat fokus. Betul tak? Memang agak susah bila nak jauhkan disruption dari benda-benda yang selalu kita buat. tapi tu la terbaik. Shutdown laptop/pc then letak jauh-jauh. 

  • Quality not Quantity
Study biar kena pada masanya. Jangan duduk kat meja study tu lama-lama sangat. Kita ni manusia biasa bukan robot. Kalau study 10jam straight pun tak guna kalau tak masuk. Baik kita study even 2 3 jam tapi quality time tu yang penting. Kita kena rest, tengok movie kejap ke, main game kejap ke. Kalau aku, aku main Candy Crush. Ups!

  • Allah kan ada. :)
Ingat benda ni. Allah sentiasa ada dan mendengar isi hati kita. Tapi jangan la ingat Allah keitka kita susah je. Tek elok macam tu. Kita kena sentiasa ingat Allah cuma untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah ketika study, apa kata kita rajinkan diri bangun malam, buat solat hajat, solat taubat dan lapangkan dada. Benda ni penting untuk mendapat kelapangan hati dan supaya hati kita terang ketika study dan jawab exam.

Tu je la yang aku rasa penting setakat ni. Aku ni pun tinggal lagi sehari nak exam. OMaiAllah. Sempat ke tak sempat ke aku kena study gak. Tak boleh nak stress sangat nanti lagi teruk jadinya. Semoga Allah sentiasa mendengar isi hati kita dan kita pun kena ingat, kita jangan lupakan ALLAH!


2 comments:

the pharmacist. said...

Salam. Saya nak mintak bantuan/ pendapat Nani. Alhamdulillah sy dpt further study ke Uni of Leicester under MARA. So nak tanya pasal accomodation kat sana, especially room for rent. Any suggestion?

Btw good luck for exam :)

Nani Shahimi said...

Hai. Apa kata awk email sy. Susah nak explain kat sini. :)

hananishahimi@yahoo.com

Btw, thanks for the wish. Congrats sbb dpt study kat sini. hehe All the best