Berdiri di atas kaki sendiri?
Atau... Berdikari!
Bila agaknya korang semua start berdikari?
Susah tak?
Salam. Halloo..
Apa benda paling independent sekali yang korang semua pernah buat? Contohnya seperti:
- Time tadika dah kena bancuhkan susu untuk adik korang
- Darjah 5 dah kena masak nasi sendiri
- Stay kat asrama dari form 1
- Kena drive sendiri pergi balik kolej/universiti
- Or when u need to drive a left-handed car. EH!
- ATAU umur 18 tahun dah kahwin and kena manage family
Banyak benda boleh buat kita rasa seperti kita berdikari kan? So, orang kata anak sulung ni biasanya independent. YUP! dan aku contohnya. Aku start stay hostel masa pertengahan Form 1 dan hostel tu aku first batch. The best thing is, tu sekolah tempat mama aku mengajar dan it takes only 2 minutes by car from home to school. Macam asrama tak bila hari-hari jumpa mama kat bilik guru, hantar baju kotor, tak tahan sangat homesick, menangis dan terus warden (of course kawan mama kan) call mama dan mestilah aku balik tidur kat rumah. Asrama sangat kan? Heee.. Then next yearnya, tengah-tengah form 2, tak larat nak homesick sangat, terus ulang alik pergi sekolah balik. Jangan mimpi nak stay hostel lagi.
Aish. Once again, form 4 time tu, aku dapat sekolah dekat Perak. Teknik Teluk Intan. Nak tak nak, try lagi sekali stay hostel. YES! aku berjaya stay hostel tanpa homesick dan menangis hari-hari selama 2 tahun. Kiranya, aku boleh berdikari la sebab memang time tu boleh kira dengan sebelah tangan je, berapa kali abah dan mama hantar aku ke sekolah tu. Tak la susah sangat nak berdikari. Setakat basuh baju masuk mesin, nak makan, pergi beratur je dekat dewan makan, bukannya aku kena masak sendiri.
Tempat ke-3 yang aku belajar lebih berdikari iaitu di UiTM Segamat, Johor. Kali ni, 3 tahun aku kat sini. Huyooo. Memang banyak benda aku belajar. Tapi kali ni kena pandai-pandai cari makan sendiri. Kalau kat sekolah, ada time makan. Tapi kat sini, nak makan pergilah cafe. Paling best pun, sewa kereta, pergi bandar dengan kawan-kawan. So, makin independent la aku ni bila terpaksa berfikir untuk makan apa , dekat mana, tidur pukul berapa and so on.
Selepas 3 tahun, aku start hidup didalam rumah sewa bersama kawan-kawan. Time ni aku kat UiTM Puncak Perdana. 2 tahun kat sini and macam-macam aku nampak perangai manusia bila parents bagi kita kepercayaan dan lepaskan kita untuk hidup sendiri. Aku banyak balik rumah sebab setakat Shah Alam dengan Semenyih. Tambah pula aku dah dapat Si Putih. Lagi la seronok balik rumah family. Makan senang, katil best, bilik sejuk, ada tv yang banyak channel. Habis cerita kat situ.
And... Masuk alam pekerjaan. Kali ni memang betul-betul aku rasa dewasa sangat bila terpaksa tinggal rumah sewa yang aku pun tak kenal siapa dalam tu. Pergi kerja, balik kerja. Tu la rutin harian. Weekend balik rumah family. Syiokkk ooo. Memang life masa tu bahagia sangat sebab tak payah fikir apa-apa. Kat rumah bukan nak kena fikir pasal kerja pun. Tinggal pula dekat area yang senang sangat nak dapat semua benda sampaikan dah malas nak cari entertainment. The best thing masa tu ialah, stay rumah and TIDUR!
SO! Dalam banyak-banyak stage hidup korang, mana korang rasa, korang start berdikari? Aku rasa aku betul-betul start berdikari masa aku stay kat oversea, which is NOW, at LEICESTER. Penatlah cerita sekarang. Nanti kita cerita lagi okay? Anyway and anyhow, you guys just answer the question above. See you.. :)
No comments:
Post a Comment