Allah bagi kita tangan untuk menulis,
Allah bagi kita kaki untuk kita bergerak,
Allah bagi kita mata untuk kita melihat,
Allah bagi kita hidung untuk bernafas,
Allah bagi kita telinga untuk mendengar,
Allah bagi kita mulut untuk kita meluahkan,
Allah bagi kita jantung untuk darah mengalir,
Allah bagi kita nyawa untuk kita hidup,
Allah bagi kita akal untuk berfikir,
Allah bagi kita perasaan untuk kita merasa kehidupan,
Allah bagi kita kesihatan untuk kita mampu bergerak,
Allah bagi kita semangat untuk kita tidak putus asa.
Jadi, kenapa perlu ada perasaan putus asa sedangkan Allah sendiri menjanjikan kita ganjaran untuk usaha yang kita lakukan. Ingat! Allah sentiasa ada untuk perkara yang baik. Allah tak akan menghampakan hamba-Nya. Kenapa kita perlu bersangka buruk terhadap Allah? Kan lagi bagus kalau kita sentiasa berfikiran positif terhadap kekuasaan Allah. Syaitan sentiasa ada di kalangan orang yang sedang putus asa dan lemah. Kita perlu sentiasa kuat dan berusaha untuk sesuatu yang kita mahukan. Selepas berusaha, berdoa. Kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Akhir sekali, bertawakal la kepada-Nya.
"Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya" (25:58)
No comments:
Post a Comment