Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Sunday, November 4, 2012

Pesanan untuk seseorang

Salam. Hye lelaki.

Sudah-sudah la untuk tipu orang sana-sini. Orang sini ajak kahwin, orang sana ajak kahwin. Ingat kahwin ni benda main-main ke? Perempuan tak bodoh dan kami boleh fikir. Saya kenal awak wahai lelaki dan tolonglah jaga tindakan awak terhadap kawan saya. Saya kenal awak dah berapa tahun kan. Of course saya tahu perangai awak macam mana, Saya tak mahu kawan saya kena apa yang saya kena. 

Kalau betul awak dah berubah, buktikan benda yang sebenar awak dah berubah. Lelaki, ini Malaysia ok. Tak besar pun. Awak pusing-pusing tipu perempuan pun, perempuan tu mungkin akan ada kaitan dengan saya. Even saya jauh beribu batu kat UK ni tapi perbuatan awak tetap sudah terkantoi. Ala lelaki, nak tipu macam mana kalau sekarang dunia makin maju. Facebook tu semua kita boleh tahu pasal orangkan? So, tak payah nak terus menipu ok!

Pesanan ni khas untuk awak wahai lelaki. Tapi kalau ada lelaki lain yang terasa, maafkan saya. Saya cuma mahu sampaikan kebenaran yang patut lelaki lain tahu. Kami perempuan, kami tak lemah. Kami perempuan, kami tak bodoh. Kami perempuan dan kami boleh berdikari.

Sekian, terima kasih~

No comments: