Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Tuesday, April 3, 2012

Jahatnya Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam,

Bukan nak mereka atau meraih simpati. Benda ini adalah kejadian benar dan diminta kepada kita semua sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan. Syaitan ada di mana sahaja. Tugasnya untuk menganggu hidup manusia. Banyak benda yang dia boleh lakukan sama ada ke jalan yang teruk mahupun menganggu fizikal manusia.

Ini bukanlah direka-reka, cerita dari seorang Hamba Allah..

"Dua Jumaat lepas, aku cuba untuk membantu kawan aku yang terkena gangguan syaitan semasa kami mahu pulang ke rumah. Dalam perjalanan, aku ternampak muka dia berubah jadi orang lain dan menyuruh kawan-kawan yang lain tolong baca apa-apa ayat yang tahu. Keadaan makin panik sebab kawan aku seorang lagi dah berjangkit. Tapi dengan izin Allah, aku berjaya keluarkan benda tu. Tinggal kawan aku seorang lagi yang kami terpaksa control dia sehingga sampai ke rumah aku dan memanggil ustaz terdekat untuk merawatnya. Alhamdulillah, dia pulih. Kejadian malam tersebut amatlah menyeramkan.

Sehingga pada keesokkannya tangan kanan aku lemah dan sakit dan seminggu kemudian, kaki kanan aku lemah dan sakit dan bertambah sakit. Bukan la nak ditambah cerita, apa yang aku perasan, dalam masa seminggu lepas kejadian, macam-macam perkara berlaku. Antaranya, kenapa aku senang marah bf aku dan tambah pula bila jumpa pun boleh marah suka hati. Bertambah buruk apabila bf aku pula tiba-tiba tak ada perasaan kat aku. Sangat pelik. Hubungan kami hampir setahun dan ini semua terjadi. Dalam masa seminggu, kejadian ini semua berlaku. Sangat drastik.

Tibalah 1 hari, entah macam mana, aku tak tahan dengan sakit dan situasi ni, aku terpanggil untuk bertanyakan kepada seorang sahabat dan dia menyuruh aku berubat sebab aku dah kacau 'dia' dan sahabat aku pun bagi la no telefon ustaz di Darul Syifa' berdekatan dengan rumah aku. Aku call ustaz tu dan dia suruh aku datang malam tu juga dengan membawa barang keperluan. Aku sangatlah takut sebab ustaz tu through phone pun dia boleh cakap,"Awak pun dah terkena ni" Ya Allah, Nauzubillah. Hanya Allah je tahu perasaan aku sekarang. Benda yang berlaku selama seminggu ni semuanya berkaitan dengan syaitan laknatullah tu. Astaghfirullahalazim.

Apa akan jadi pada malam ni? Aku akan ceritakan kemudian. Insyallah...  "

P/s: Jika dia untuk kita, Allah akan bagi kita peluang bersama dengan dia dengan apa cara sekali pun. Insyaallah..

No comments: