Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Friday, April 6, 2012

Jahatnya Syaitan Ep.2

Salam.

Hye! Ingat lagi post yang sebelum ini? Inilah sambungannya.

Kisah dari seorang Hamba Allah..

"Selepas aku dapat rasakan kelainan pada diri aku, aku pergilah Darul Syifa' untuk jumpa ustaz. Ustaz tu bagitahu aku yang aku dah ter"kena" and aku perlu berubat. Jadi malam tu juga aku start berubat. Ya Allah, sakitnya Allah saja yang tahu. Aku tak tahu la nak cakap aku sedar atau tak. Tapi kalau mintak aku cerita balik, aku kurang nak ingat apa yang terjadi.

Ustaz tu bekalkan aku dengan air dan sedikit bahan berubat. Aku start berubat sehari selepas tu dan hari ini ada lah hari ke-2 aku berubat. Bukan nak meraih simpati, first day berubat, aku sampai tak mampu nak buat kerja sebab terlalu sakit. Leher, kaki, tangan dan badan sangatlah sakit. Tapi aku kena kuat, kena lawan semua ni. Hari ke-2, alhamdulillah tak sesakit hari pertama.

Aku kalau boleh nak si-dia tahu tapi aku tak mampu nak contact dia. So, aku ambil kesempatan pergi ke rumah family dia dan explain kat salah seorang family dia. Sekarang aku ambil keputusan untuk tidak terlalu berharap sebab family dia sendiri kata aku tak boleh nak berharapkan. Let time decide. Btw, nak dijadikan cerita, family dia bgth yang dia pernah mengadu and cakap aku ni kasar and kuat marah. Kebetulan, bff aku ikut time tu and dia terus bagitahu family dia yang dia x pernah pun tgk aku macam tu since kenal (3 tahun dah). Tu yang aku bertambah pelik, sebab jenis aku, aku marah, aku akan diam dan tak akan bersuara mahupun melawan.

Its ok, biar Allah yang tentukan. Sekarang aku fikir untuk sihat dulu. Dah sihat nanti, barulah aku fikirkan macam mana. Aku hanya mampu berdoa agar si-dia terbuka pintu hati dan dilembutkan hati. "

P/s: Sihir ni lawannya ayat al-quran. So, sesiapa yang terkena, rajin-rajinlah baca kitab suci Al-Quran dan banyakkan amalan serta mintalah dari Allah. Allah maha mengetahui apa yang berlaku.

No comments: