Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Saturday, March 31, 2012

Nasihat Sahaja

Salam.. Hye!

Alhamdulillah aku berjaya hidup sampai ke hari ini. Walaupun sukar tapi dengan semangat yang ada, aku akan cuba untuk menempuh. Actually baru-baru ni ada seorang sahabat comment salah satu post aku dengan "3:134". At first memang aku tak dapat tangkap apa dan aku bertanya kembali dan jawapannya adalah,"Surah ke-3 ayat 134"..

(Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan). (Ali-Imran:134)

Point kat sini ada orang yang menahan marah dan memaafkan orang lain. Ya! itu benda paling penting yang kita perlu buat. Biarlah orang buat kita tapi kita jangan sesekali buat orang. Itulah yang mama saya selalu pesan. Kadang-kadang kita seorang manusia yang naif dan tak sedar apa yang kita lakukan. Kita marah tanpa kita sedar yang kita telah dikawal oleh syaitan laknatullah. 

Biasanya ketika sesuatu hubungan itu akan ke tahap yang lebih serius dan halal, semakin kuat dan hebat syaitan tu menganggu kehidupan kita. Sebagai insan yang naif, kita hanya mampu berfikir balik selepas sesuatu benda itu dah terjadi. Masa itu, kita dah tak boleh salahkan sesiapa. Kita hanya mampu berubah, berdoa dan bertawakal sahaja.

P/s: Kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan tapi saya selalu mendoakan yang terbaik untuk kita berdua. 

No comments: