Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Wednesday, March 28, 2012

Mengadu domba...

Hye bloggy,

Saya tak tahu nak mengadu kat siapa sekarang ni. Saya tak rasa sesiapa pun boleh faham hati saya. Saya ada dia tapi saya tak rasa dia ada untuk saya sekarang ni. Saya nak dia tahu saya sangat perlukan dia sekarang ni. Saya nak dia tahu yang saya nak dia ada dengan saya. Saya tahu salah saya. Saya tahu saya kuat marah. Saya tahu saya cepat tarik muka. TAPI saya nak dia tahu yang saya dlm sebulan ni sangat-sangat emosi. Kenapa awak rasa awak tak boleh sabar dengan perangai saya lately ni? Kita bukan baru sebulan dua kenal. 

Bloggy.. 

Boleh tak awak bagitahu dia yang betapa penting dia untuk saya? Boleh tak awak cakap dengan dia saya sangat sedih sekarang ni? Boleh tak awak tolong sampaikan yang saya rindu sangat dengan dia? Susahkan??? Saya tak tahu la apa besar sangat salah saya sampai saya terpaksa tanggung perasaan ni seorang diri. Maybe sebab saya selalu buat dia marah and ni balasan saya kot. TAPI awak, tolong jadi air sekali sekala boleh tak? Ye.. Saya tahu awak dah banyak kali jadi air, tapi saya mintak buat masa ni, jadi la ais yang takkan mencair cepat dan boleh sejukkan api. 

Untuk awak,

Saya tahu saya kena belajar hidup sendiri TAPI saya tetap nak awak ada dengan saya. Kenapa susah sangat? Saya tak pernah mintak apa2 pun dari awak. Saya tak pernah susahkan awak seteruk2nya pun. Saya tanya awak ni.. Apa benda baru dalam hidup saya yang awak tahu? Bila last kita bercerita hal masing2 dengan happy nya? Susahkan nak jawab? Kita ni dah ibarat api dengan api yang sentiasa jadi api sampai bila-bila.

Ya Allah,

Jika dia untuk aku, aku mohon agar panjangkan jodoh kami dan jauhkanlah syaitan laknatullah dalam hubungan kami TAPI jika dia bukan untuk aku, pisahkan kami dengan cara baik dan kuatkanlah hati hambamu ini. Amin...

P/s: Saya try nak baiki hubungan ni. Saya harap awak tak terus dengan perasaan awak sekarang ok. Kita try baiki sama2 boleh? #IMYSM

4 comments:

perindu_خلافة said...

3:134

Ms Whatever~ said...

3:314? Apa tu?

perindu_خلافة said...

surah ke 3, ayat ke 134 ^_^

Ms Whatever~ said...

thanks. Insyalla akan praktikkan..lg hati rasa tenang..