Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Tuesday, March 20, 2012

2012.. Story of Me.

Hi.. Assalamualaikum.

Yup.. Sekarang dah bulan 3 tapi kenapa title macam baru nak masuk 2012? haha.. Actually aku tak sempat nak update sangat blog ni. Agak rindu nak menaip tapi apakan daya, tiada idea yang bernas. So, dengan masa yang terluang ni, aku berharap aku dapat share something buat tatapan kawan-kawan.

Alhamdulillah. 16 Jan 2012 hari tu merupakan final paper aku dan pada tanggal 22 Feb 2012, gelaran Graduan UiTM pun melekat. Yeay! Dah grad. Aku berjaya akhirnya menghabiskan pengajian aku dalam BSc. (Hons) Information System Management. Sekarang tunggu konvo je. Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Satu per satu interview aku pergi. Tapi baru 3 interview kot. Yang penting experience interview tu and Mr Gajah yang sanggup korban masa temankan aku. Thanks a lot dear.

Berkat doa dan restu abah dan mama, aku berjaya menghabiskan pengajian di UiTM Johor dengan Diploma Pengurusan Maklumat dan seterusnya Degree di Puncak Perdana. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan thanks a lot kepada lecturer2 aku sama ada di Segamat mahupun Puncak Perdana yang banyak membantu dan mendidik aku. Jadi orang gak aku ni ye. hehe

28 Feb 2012, dapatlah call and email untuk last interview aku and sekarang dah pun menjadi tempat aku mencari rezeki. Sekali lagi syukur kepada Allah, esoknya aku dapat call untuk kerja disitu. 


Memang kerja kat sini banyak benda baru aku belajar. Teruji gak la fizikal dan mental aku. Btw, dah start stay jauh dari family for one more time. Homesick gak la tapi demi kerjaya dan masa depan, dan restu mama abah, Insyallah aku akan teruskan kerja ni. Aku berharap agar semua berjalan lancar sepanjang tahun ni dan seterusnya. Amin... 

P/s: Kepada kawan-kawan yang masih belum ada rezeki, keep try untuk cari kerja ok. And aku rindu semua kawan2 kat Puncak. Hope our friendship tidak akan putus ok. Kepada Mr Gajah! Thanks sebab sentiasa ada untuk saya. :) 



No comments: