Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Thursday, February 23, 2012

Pasangan oh pasangan

Bukan senang nak pilih pasangan hidup,
Bercouple bukan untuk bersuka ria,
Tapi kalau tak reti nak jaga hati,
Let he/she go okay!


Bercinta atau sayangkan orang bukan senang. Sesi kenal hati budi pun dah cukup susah. Cuba kita kenagkan kembali time mula-mula nak berkenalan dengan seseorang. Kadang-kadang kita tak terfikir pun yang kita akan hidup dengan dia. Tapi time mula-mula kenal biasalah kan, semuanya manis and baik je. Perasaan macam tu yang kita harapkan untuk seumur hidup kita dari si dia. BUT boleh ke terus dapat perasaan dan attention seperti mula kita kenal dia sehingga berlarutan dari setahun ke setahun and for entire life? Susah kot..


Kita perlu memilih pasangan kita melalui beberapa faktor. Konsep lima 'K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu "Kenal","Kufu","Kelas","Kasih", dan "Kahwin". Untuk bacaan penuh sila klik, http://alhelmi.tripod.com/tip/terbaru/memilihpasanganhidup.htm . Insyallah boleh membantu anda memahami kriteria-kriteria tersebut.


Kita juga selalu diingatkan tentang tiga perkara penting iaitu:

  • Janganlah kita melewatkan solat ketika sudah sampai waktunya.
  • Janganlah kita melewatkan pengebumian jenazah.
  • Janganlah kita melewatkan perkahwinan jika sudah berkemampuan.
Bukanlah nak berleter atau merapu tapi semua ni untuk mengingatkan diri kita dan diri saya sendiri. Saya harap kita akan berusaha ke sesuatu yang baik. Insya-Allah.

No comments: