Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Monday, February 20, 2012

Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum...  (Mood penceramah)

Baru malam tadi tiba-tiba aku nak tengok-tengok je. Alih-alih dalam masa setengah jam, aku dh khatam buku tersebut. Ya Allah, betapa hinanya aku rasa bila baca buku ni. Hina sebagai seorang hamba yang naif. Buku ni sepatutnya aku baca awal lagi. Aku harap kawan-kawan aku pun akan membacanya. Banyak benda yang aku rasa aku nak elakkan tapi benda dah jadi, so, aku hanya mampu minta keampunan dari-Nya. 

Bagusnya Ustaz Azhar Idrus ni. Aku suka cara pendekatan dan jawapan yang diberi. Senang dan ringkas. Untuk orang yang macam aku ni, senang la faham. Memang x rugi beli buku ni. Berbanding beli novel cinta yang endingnya mesti fairy tale. Happy ending je sepanjang masa. Aku teringin nak pergi dengar ceramah beliau. Aku harap satu hari nanti aku dapat pergi. Insya-Allah.

Kita bukan robot, kita manusia yang sentiasa buat kesilapan. So, untuk berubah bukanlah hanya seminit tapi kita boleh berubah sedikit demi sedikit. Kita hanya perlu kuat dan jangan ulang kesalahan sama. Aku pernah terfikir 1 soalan ni yang selalu bermain dalam akal fikiran sampai sekarang," Kenapa perempuan yang belum menjadi isteri tidak menutup aurat dengan alasan, sudah menjadi isteri nanti baru nak tutup aurat sebab nak jaga dosa suami. Tapi tak ke mereka fikir kalau belum menjadi isteri tu, dosa mereka akan ditanggung oleh ayah mereka? Siapa lagi penting? Ayah atau suami yang belum tahu siapa calonnya?" 

Marilah kita fikirkan bersama. Aku pun bukan sempurna sangat tapi mari sama-sama kita jadikan diri kita seorang yang mulia disisi Allah. Amin..

P/s: Mr Gajah.. Ustaz kata couple haram. Boleh tak kita.......? So.................?
      Saya nak cakap semalam tapi tak reti nak mula. Alih-alih lupa..

No comments: