Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Saturday, December 3, 2011

Tazkirah?

Rasulullah SAW bersabda, 
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 

Salam..

Sedang aku membuat assignment di library, aku rasa seperti mahu menjenguk blog ni. Biasalah, blog adalah kawan yang terapat dengan kita. Apa kaitan dengan sabar and post kali ni? Tiada apa pun. Ini just untuk kita saling mengingati. Kita selalu dengar orang cakap, "Sabar manusia ada tahapnya." Apa tahap sabar? Apa level sabar? Macam mana nak tahu kita dah sampai maximum sabar atau tak? Sabar ni benda subjektif. Kita memang tak boleh nampak tapi individu yang tengah bersabar tu sahaja yang akan rasa sendiri.

Tapi kita sebagai seorang manusia yang naif memang perlu tanam sifat sabar dalam diri sendiri tanpa mengira tahap. Kita pun mesti pernah dengar para ulama' berkata," Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya, Sedangkan Allah pun maafkan hambanya." Inikan pula kita manusia biasa. Kita tak mampu untuk menolak maaf seseorang. Kita hanya mampu memaafkan dan berdoa kepada Allah agar manusia yang membuat silap tu diberi petunjuk untuk sedar akan kesilapannya. 

Yup. Aku tak layak untuk berceramah tapi aku mampu menasihati sebab kita sesama manusia perlu saling mengingati agar kita tidak disakiti dan kita di redhai Allah. Insyallah. So, untuk masa-masa yang tengah PARAH sekarang ni, aku hanya mampu berdoa agar semua berjalan lancar. 

"Kita tak boleh mengeluh (menyesal) dengan apa yang sudah jadi, 
kerana setiap keluhan itu dibenci Allah"

What I can say is, aku tak mampu menyesal and aku tak mampu nak berpatah balik. Aku dah pilih jalan ni So, aku kena teruskan. Just aku hanya mampu mencuba untuk ubah apa yang patut


Rasulullah SAW bersabda,
"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 

P/s: Saya tak layak nak marah awak. Tapi saya harap awak rasa apa yang saya rasa. Saya kaum Hawa hanya mampu di pandang serong sesuka hati oleh kaum Adam. Hargailah saya selagi mampu. 

No comments: