Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri 1432h


Lama gak tak update blog ni..

Maafnya blog, saya tiada masa la..
Hari ni saya akan hidupkan awak..  PEACE!!!


Salam Syawal kepada semua. Bagaimana dengan raya tahun ni? Semakin gembira atau semakin duka? Kalau nama pun Syawal, kita perlulah gembira walau apa pun dugaan yang kita hadapi. So, hope semua happy belaka. Ada apa-apa perubahan raya tahun ni? Seperti kawan-kawan aku, ada yang mula beraya bersama suami, keluarga mertua, dan ada yang beraya bersama baby. Yup. Masing-masing sudah masuk ke alam lain. But, me? still same as previous years. Single and available.. UPS!


Raya tahun ni bagi aku lain sikit. Yup, semakin happy, gembira, dan senang. Aku rasa lebih terbuka dan rasa Syawal ni lagi bermakna. 1st Syawal aku di Perlis. Best sangat sebab beraya rumah sedara mara yang seperti biasa tiap 2 tahun aku akan pergi melawat sebab Perlis jauh, so jarang nak balik. After beraya di Perlis, beraya di Johor pula. Penat tapi best. Apa ntah penat, bukan aku drive kan? Penat makan la. :)


Beza raya Perlis dengan Johor? Yup.. Nama pun 1 utara 1 selatan, memang la ada beza. Beza sangat. Di Perlis, pagi raya je kami dah jumpa laksa, nasi tomato, and yang paling beza ada ketupat palas. Kalau di Johor, kami makan nasi impit dengan kuah lontong, serunding, and rendang. Makanan best of course la Perlis. Mana-mana rumah ada je makanan berat. Johor best sebab ada kuah lontong. (Tahun ni tak dapat nak rasa kuah lontong.. Rindunya)

Raya di mana pun tak kisah, yang penting time raya la dapat spend masa dengan kaum family dan sanak saudara. Time raya la baru jumpa saudara mara yang jauh dekat. No matter what, kita la kena pandai merayakan hari raya dengan cara yang baik dan meriah. Mercun? No no no.. Aku tak suka. Pegang pun dah menggigil. So, tak payah la main mercun ok. Pop pop tak pe la gak. :)

P/s: Psst..psst.. Thanks Mr Gajah make my world brighter than before and thanks also because u are starting to be a part of my family. 


2 comments:

Kasih nur azie said...

selamat hari raya nani. :)

Ms Whatever~ said...

Selamat hari raya kak jieha syg.. rindu la.. :(