Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Saturday, December 3, 2011

Alamak.. My-EX??

Ex???
Ex-bf @ ex-gf..
Apa tu ex? Mantan atau bekas ( Macam kasar je kan )

Di malam yang sunyi ni tiba-tiba terfikir akan satu benda yang selalu terjadi de depan mata dan selalu terkena diri sendiri. Biasa tak dengan perkataan EX-BF and EX-GF? Yup.. mesti tahu kan? So, tidak mustahil kita semua mesti ada ex kekasih hati kita paling kurang pun sorang. Betul kan? Persoalannya....

Adakah kita boleh menjadi kawan kepada EX kita?

Susah nak jawab kan? Aku sebagai seorang perempuan mempunyai pendapat sendiri terhadap persoalan tu. Tak dinafikan aku memang mempunyai ex. Berapa ramai tu tak payah tanya la sebab first boyfie pn masa form 5 kan. (Gatal betul..haha). Secara jujurnya aku ada ex yang boleh menjadi kawan dan ada yang tak boleh sama sekali atas sebab tertentu. Ada kes yang aku sendiri tak boleh nak berkawan dan ada kes, ex aku tu pula yang tak dapat layan aku macam kawan. So tak berkawan la kami sampai sudah. Memang sayang sangat la bila tak dapat berkawan balik sebab sebelum couple sememangnya bermula dengan persahabatan. Bila dah tak couple, kenapa tak boleh berkawan ye?

One of the reason kenapa aku tak boleh berkawan dengan ex adalah, aku tak boleh layan dia macam kawan. Biasa la, orang yang kita pernah sayang kan. Mustahil la kita tak mungkin akan jatuh cinta balik. So, untuk mengelakkan pasangan kita sekarang sedih atau takut berlakunya proses percurangan kelak, baik elakkan daripada berkawan dengan ex yang kita tak boleh anggap kawan sebaliknya kita akan rasa mahu bersama dia kembali. Elakkan sebelum terlambat.

Bukan tak elok nak berkawan dengan ex, elok sangat kalau ex kita boleh jadi best friend kita. Aku bangga dengan ex aku yang still setia baca and respond blog aku, tegur aku kat FB and YM, and rajin contact. Bagus la macam tu. Kawan is kawan. Betulkan? Tapi at the same time kita kena fikir gak. Kita tak boleh nak terlampau rapat dengan ex kita sebab kita bayangkanlah kalau partner kita sekarang tahu benda tu and lagi-lagi dia ex kita, apa perasaan dia? Aish. Jangan pandang enteng benda ni. Kita kena ambil serius sebab partner kita sekarang la yang kita perlu jaga hati dia kalau kita betul-betul serius dengan dia. Yang dah ex tu, biarkanlah dia dengan hidup dia. Kita yang ada partner ni, jagalah hati dan perasaan dia sehabis baik.

Conclusion? BOLEHKAH KITA BERKAWAN DENGAN EX? 

Anda anda jawapan tersendiri.....

P/s: Hey awak. Saya nak awak turut sama ambil bahagian dalam menjawab soalan di atas. For the sake of our relationship.  Love you!

No comments: