Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.

Saturday, November 19, 2011

Cerita Cinta

Cinta itu menyakitkan
Kadang-kadang pahit,
Kadang-kadang ianya manis..

Siapa kata bercinta selalu gembira? Siapa kata bercinta selalu bahagia? Biasa la, bak kata orang, "Kalau bercouple tu, tak sah kalau tak gaduh." Tu la namanya corak dalam hubungan. Benda ni la akan menjadikan kita lebih matang dan lebih mengenali pasangan kita. Kalau tak ada salah faham, macam suram je rasanya hubungan tu. Bukan la nak cakap gaduh, selisih faham, dan bertengkar tu bagus. Memang sakit bila tengah gaduh. Tapi benda tu la yang akan buat kita lebih faham pasangan kita tu. Kalau tak faham juga tu, KERAS HATI la namanya. 

Banyak cerita cinta yang aku dengar sepanjang hidup ni. Orang yang bercerita tentang hubungan mereka bukan lah nak mengaibkan pasangan masing-masing tetapi mereka memerlukan orang terdekat mendengar isi hati mereka. Ada benda yang kita tak boleh lagi share dengan partner kita. Maybe sebab tak bersedia untuk berdepan atau maybe kerana terlalu menjaga hati pasangan kita. 

Seriously, it happened to me. Katalah aku bermasalah dengan pasangan aku, biasanya orang akan berani confront kan? Tapi aku tak. Aku bukan tak berani tapi aku tak suka nak sakitkan hati pasangan aku. Kalau boleh, biarlah dia tahu kami baik, ok, and tiada masalah. Ramai gak yang marah dengan perangai aku macam ni TAPI ini la perangai aku dari dulu. Pernah la one day aku really hurts dengan masalah partner aku ni, and dengan kekuatan dari mana entah ada, aku confront benda ni. YES I DID! It is a very hurts things I ever happened. Padan muka kau Nani! Ni namanya KARMA, said my BFF.

Ok aku terima je. Memang masa mula-mula benda tu terjadi, tak boleh nak bersuara even bersemuka. Tapi sampai bilakan? Kita kalau sayangkan orang tu, setiap detik saat yang ada tu, kita kena biarkan kebahagiaan bersama kita. Rugi rasanya gaduh and tak bercakap lama-lama. After 24 hours aku berjaya confront problem ni. Memang la lepas tu aku rasa release sangat tapi kita tak tahu apa partner kita rasa. My friend said, "Disebabkan 1 je salah kita tak boleh terus give up and tinggalkan dia, kita kena fikir semua benda yang dia dah bahagiakan kita juga. Jangan terus-terus hukum dia. " So, kita kena be positive je la. Jangan terlalu negatif. Kadang-kadang syaitan ni saja je nak uji kesabaran kita tu yang dia bagi kita masalah dan dugaan. Kalau kita berjaya atasi benda ni semua, kita adalah manusia yang hebat!


Biasanya kalau kita nak share benda yang kita buat atau perasaan kita sedih ke gembira ke, kita akan bercerita di social network like FACEBOOK!. Yes. Facebook la menjadi teman rapat aku selain blog ni. Hanya dia je yang dapat kita luahkan perasaan kita. 

P/s: Saya sedih bila kita ada masalah. Saya harap saya dapat elak dari buat masalah lagi dan saya harap awak pun tak kan ulang benda yang saya tak suka. Saya sedaya upaya untuk tidak cemburukan benda tu tapi benda tu sangat pedih bagi saya. Awak. Saya tak sanggup nak buat awak sedih dan saya harap awak pun boleh berperasaan begitu. 


No comments: