Ini Cerita Saya

My photo
Selangor, Malaysia
Simple:Talkative:Love my Si Putih much:Nerdy:Eat like monster:Good driver ever:Eldest in a family:Mummy's and Daddy's sweet daughter:What else??? Mr Gajah's EHEMMMMM.
Showing posts with label mr gajah. Show all posts
Showing posts with label mr gajah. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Apa itu cinta, sayang dan suka?

"HOW CAN I LOVE WHEN I/M AFRAID TO FALL?"
"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"

Salam. Hallooo..  :(

Eh. Kenapa emoticon sedih pula ni? Hmmm. Kita manusia penuh dengan perasaan. Macam-macam perasaan yang akan kita rasa. Kadang-kadang dalam tengah-tengah gembira, tiba-tiba kita akan rasa sedih. Kita sendiri tak akan tahu macam nak control perasaan tu. 

Kembali kepada topik, apa itu sayang, suka dan cinta? Bagi aku, kalau nak ada perasaan cinta tu, kena mulakan dengam suka kemudian jadinya sayang dan akhirnya cinta. Macam mana boleh ada perasaan suka? Suka boleh jadi bila kita dah mula senang dengan sesuatu. Katalah dalam satu perhubungan, suka boleh datang bila kita rasa bahagia dengan perangai seseorang. Dari suka boleh ada sayang. Bukan senang nak ada perasaan sayang. Sayang ni automatik akan ada dalam diri bila perasaan suka tu dah over the limit. So, kita tak boleh control untuk sayang seseorang. And mana datangnya cinta? Hmmm.. Aku pun tak sure. Maybe tak pernah tahu apa itu cinta kot.

Tapi apa yang aku rasa hari ni sangat lain. Ye aku mengaku aku ada suka seseorang sekarang dan perasaan suka dah mula jadi perasaan sayang. Untuk cinta? Insyallah akan datang masanya. Dengan cerita Mr Gajah sebelum ni, aku tak yakin dengan apa yang aku rasa. Mungkin ke si dia akan faham aku atau aku tak perlu tunggu dia faham aku sebaliknya aku jangan buat diri aku ni complicated sangat. Aku takut untuk commitment sebab aku takut sejarah berulang. Mr Gajah pernah pesan,

" Please give a chance for him to know you." 

Yup. I already gave that chance tapi mungkin ke dia akan sedar peluang yang aku bagi tu adalah untuk dia gantikan Mr Gajah? Jujur aku cakap, lepas Mr Gajah, aku susah untuk terima orang lain dan mereka tahu siapa mereka. Tapi si-awak yang aku pilih untuk bagi diri ini peluang untuk mencari pengganti. Aku harap dia sedar tentang hal ini.

Ok lah. Tak payah mengarut panjang. Just I still don't know what is CINTA actually. Insyallah, kalau ada jodoh aku dengan si-awak, mungkin dia boleh tunjuk aku apa cinta sebenarnya. Insyallah.

NOAH - SEPARUH AKU


Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu


P/s: I cried because of you and I want u to know what it means. If u are not ready for this long distance relationship, please let me know. It is not easy to have this kind of relationship. Sorry because make our skyping tonight into a worst situation.

Saturday, March 31, 2012

Nasihat Sahaja

Salam.. Hye!

Alhamdulillah aku berjaya hidup sampai ke hari ini. Walaupun sukar tapi dengan semangat yang ada, aku akan cuba untuk menempuh. Actually baru-baru ni ada seorang sahabat comment salah satu post aku dengan "3:134". At first memang aku tak dapat tangkap apa dan aku bertanya kembali dan jawapannya adalah,"Surah ke-3 ayat 134"..

(Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan). (Ali-Imran:134)

Point kat sini ada orang yang menahan marah dan memaafkan orang lain. Ya! itu benda paling penting yang kita perlu buat. Biarlah orang buat kita tapi kita jangan sesekali buat orang. Itulah yang mama saya selalu pesan. Kadang-kadang kita seorang manusia yang naif dan tak sedar apa yang kita lakukan. Kita marah tanpa kita sedar yang kita telah dikawal oleh syaitan laknatullah. 

Biasanya ketika sesuatu hubungan itu akan ke tahap yang lebih serius dan halal, semakin kuat dan hebat syaitan tu menganggu kehidupan kita. Sebagai insan yang naif, kita hanya mampu berfikir balik selepas sesuatu benda itu dah terjadi. Masa itu, kita dah tak boleh salahkan sesiapa. Kita hanya mampu berubah, berdoa dan bertawakal sahaja.

P/s: Kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan tapi saya selalu mendoakan yang terbaik untuk kita berdua. 

Wednesday, March 28, 2012

Mengadu domba...

Hye bloggy,

Saya tak tahu nak mengadu kat siapa sekarang ni. Saya tak rasa sesiapa pun boleh faham hati saya. Saya ada dia tapi saya tak rasa dia ada untuk saya sekarang ni. Saya nak dia tahu saya sangat perlukan dia sekarang ni. Saya nak dia tahu yang saya nak dia ada dengan saya. Saya tahu salah saya. Saya tahu saya kuat marah. Saya tahu saya cepat tarik muka. TAPI saya nak dia tahu yang saya dlm sebulan ni sangat-sangat emosi. Kenapa awak rasa awak tak boleh sabar dengan perangai saya lately ni? Kita bukan baru sebulan dua kenal. 

Bloggy.. 

Boleh tak awak bagitahu dia yang betapa penting dia untuk saya? Boleh tak awak cakap dengan dia saya sangat sedih sekarang ni? Boleh tak awak tolong sampaikan yang saya rindu sangat dengan dia? Susahkan??? Saya tak tahu la apa besar sangat salah saya sampai saya terpaksa tanggung perasaan ni seorang diri. Maybe sebab saya selalu buat dia marah and ni balasan saya kot. TAPI awak, tolong jadi air sekali sekala boleh tak? Ye.. Saya tahu awak dah banyak kali jadi air, tapi saya mintak buat masa ni, jadi la ais yang takkan mencair cepat dan boleh sejukkan api. 

Untuk awak,

Saya tahu saya kena belajar hidup sendiri TAPI saya tetap nak awak ada dengan saya. Kenapa susah sangat? Saya tak pernah mintak apa2 pun dari awak. Saya tak pernah susahkan awak seteruk2nya pun. Saya tanya awak ni.. Apa benda baru dalam hidup saya yang awak tahu? Bila last kita bercerita hal masing2 dengan happy nya? Susahkan nak jawab? Kita ni dah ibarat api dengan api yang sentiasa jadi api sampai bila-bila.

Ya Allah,

Jika dia untuk aku, aku mohon agar panjangkan jodoh kami dan jauhkanlah syaitan laknatullah dalam hubungan kami TAPI jika dia bukan untuk aku, pisahkan kami dengan cara baik dan kuatkanlah hati hambamu ini. Amin...

P/s: Saya try nak baiki hubungan ni. Saya harap awak tak terus dengan perasaan awak sekarang ok. Kita try baiki sama2 boleh? #IMYSM

Tuesday, March 20, 2012

2012.. Story of Me.

Hi.. Assalamualaikum.

Yup.. Sekarang dah bulan 3 tapi kenapa title macam baru nak masuk 2012? haha.. Actually aku tak sempat nak update sangat blog ni. Agak rindu nak menaip tapi apakan daya, tiada idea yang bernas. So, dengan masa yang terluang ni, aku berharap aku dapat share something buat tatapan kawan-kawan.

Alhamdulillah. 16 Jan 2012 hari tu merupakan final paper aku dan pada tanggal 22 Feb 2012, gelaran Graduan UiTM pun melekat. Yeay! Dah grad. Aku berjaya akhirnya menghabiskan pengajian aku dalam BSc. (Hons) Information System Management. Sekarang tunggu konvo je. Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Satu per satu interview aku pergi. Tapi baru 3 interview kot. Yang penting experience interview tu and Mr Gajah yang sanggup korban masa temankan aku. Thanks a lot dear.

Berkat doa dan restu abah dan mama, aku berjaya menghabiskan pengajian di UiTM Johor dengan Diploma Pengurusan Maklumat dan seterusnya Degree di Puncak Perdana. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan thanks a lot kepada lecturer2 aku sama ada di Segamat mahupun Puncak Perdana yang banyak membantu dan mendidik aku. Jadi orang gak aku ni ye. hehe

28 Feb 2012, dapatlah call and email untuk last interview aku and sekarang dah pun menjadi tempat aku mencari rezeki. Sekali lagi syukur kepada Allah, esoknya aku dapat call untuk kerja disitu. 


Memang kerja kat sini banyak benda baru aku belajar. Teruji gak la fizikal dan mental aku. Btw, dah start stay jauh dari family for one more time. Homesick gak la tapi demi kerjaya dan masa depan, dan restu mama abah, Insyallah aku akan teruskan kerja ni. Aku berharap agar semua berjalan lancar sepanjang tahun ni dan seterusnya. Amin... 

P/s: Kepada kawan-kawan yang masih belum ada rezeki, keep try untuk cari kerja ok. And aku rindu semua kawan2 kat Puncak. Hope our friendship tidak akan putus ok. Kepada Mr Gajah! Thanks sebab sentiasa ada untuk saya. :)